pemilihan pimpinan parti mic telah selesai...keputusan yg kita lihat sekarang emnunjukkan semua geng itu presiden samy menang...hebat juge pengaruh nya...kemudian itu Samy ada cakap...Org marah pada BN saja bukan marah kepadanya sebab tu org india sokong PR dlm PRU lepas...
Duta Besar Indonesia akan memberikan penjelasan mengenai insiden ugutan kumpulan yang dikenali sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) terhadap rakyat Malaysia, khususnya pelajar negara ini yang sedang menuntut di republik berkenaan.
Satu temuramah khas Tan Sri Da'i Bachtiar dengan beberapa media negara ini akan diadakan esok untuk menjelaskan situasi tersebut, kata seorang pegawai di Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur.
Malaysiakini difahamkan, sesi temuramah berkenaan diadakan untuk memberi peluang kepada media Malaysia mendapatkan penjelasan rasmi daripada KBRI berhubung isu 'sapu Malaysia'.
Laporan Bernama kelmarin menyebut kumpulan tersebut telah bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro di Jakarta.
Dilaporkan 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.
Tindakan mereka itu dilaporkan media massa tempatan termasuk akhbar web popular Detik.com.
Ungkit isu lampau
Bagaimanapun, menurut akhbar web itu, tiada seorang rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dirancang selama sejam itu berakhir hanya selepas setengah jam.
Sebelum ini rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi - terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.
Berikutan isu itu, yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Malaysia di Jakarta.
Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".
Jabatan Penuntut Malaysia di bandar itu juga telah mengeluarkan pekeliling kepada pelajar Malaysia di negara itu supaya "berhati-hati" memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini," menurut laporan itu lagi.
Jabatan itu juga menasihatkan pelajar supaya tidak melalui jalan berkenaan untuk mengelak kejadian yang tidak diingini.
Laporan sebuah akhbar tempatan hari ini menyebut, kerajaan Indonesia telah memberi jaminan untuk melindungi keselamatan rakyat Malaysia di republik berkenaan.
Duta beri jaminan
Menteri Luar, Datuk Anifah Aman yang dipetik kenyataannya berkata, Da'i telah menyampaikan jaminan tersebut kepadanya dalam satu pertemuan yang dipanggil olehnya semalam.
"Duta besar Indonesia telah dipanggil hari ini untuk kita sampaikan pendirian Malaysia dalam isu konflik ini selepas mendapati ia menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara," kata Anifah dalam laporan berkenaan.
"Da'i telah menghubungi menteri luar Indonesia dan ketua polis Indonesia yang kemudian memberi jaminan akan melindungi keselamatan rakyat Malaysia di Indonesia," katanya lagi.
"Kerajaan Indonesia telah diminta mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia di republik itu serta pada masa yang sama membendung tindakan agresif kumpulan ekstremis."
BEZA CINA SIAM DAN CINA SINI
'Helen Ang membandingkan antara Cina Thailand dengan Cina Malaysia. Helen Ang memujikan rakyat Thai kerana dapat menerima Perdana Menteri Thailand kini, Abhisit Vejjajiva berketurunan Cina. Begitu dengan Perdana Menteri sebelum itu seperti Chuan Leekpai dan Thaksin Shinawatra. Helen mempertikaikan kenapa orang Cina tidak boleh menjadi Menteri Besar Perak (DAP). Jawapannya mudah, kerana orang Cina di Thailand sudah tidak serupa Cina. Mereka boleh dikatakan lebih Siam daripada Siam. Persoalannya, adakah itu berlaku di Malaysia?' - Dr. Ridhuan Tee Abdullah, Mingguan Malaysia,6 September 2009. (sepenuhnya di sini)
*Helen Ang ialah salah seorang kolumnis laman web Centre for Policy Initiatives (CPI)
Suami kelar leher sendiri selepas isteri meninggal
06/09/2009 4:10pm
KUCHING 6 Sept. - Kasihnya kepada isteri mendorong seorang lelaki mengelar leher sendiri setelah menyedari isteri kesayangannya meninggal dunia secara mengejut di rumah pangsa mereka di Jalan Arang di sini hari ini.
Lelaki berusia 52 tahun itu, seorang penganggur, mengelar leher dan dahinya dengan parang apabila menyedari isteri kesayangannya yang berusia 46 tahun meninggal dunia di atas katil, kira-kira 6 pagi.
Bagaimanapun, kerana tidak tahan menanggung kesakitan, lelaki tersebut yang identiti tidak didedahkan, menghubungi ibunya yang tinggal di Jalan Chawan untuk meminta bantuan dan setelah menerima panggilan daripada mangsa, ibunya terus menghubungi saudara mangsa untuk meminta pertolongan memanggil ambulans dari Hospital Umum Sarawak (HUS).
Lelaki tersebut berjaya diselamatkan setelah diberi rawatan kecemasan di tempat kejadian dan dibawa ke HUS untuk menerima rawatan susulan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt Pauzi Bujang yang dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan berkata lelaki berkenaan kini berada dalam keadaan stabil.
Polis mengklasifikasikan kematian wanita itu sebagai kematian secara mengejut manakala suaminya pula akan disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu cuba membunuh diri.
SEKUMPULAN lelaki Indonesia mengadakan sekatan jalan haram sambil memegang sepanduk `Maaf Jalan Anda Terganggu : Sweeping Orang Malaysia’’ di Jakarta semalam. Dalam sekatan itu mereka menyoal pemandu dan penumpang seandainya mereka warga Malaysia. Kedutaan Malaysia meminta warganya supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelak daripada melalui kawasan sekatan itu. - AFP
JAKARTA 8 Sept. - Sekumpulan penunjuk perasaan bersenjata buluh runcing menahan kenderaan-kenderaan yang melalui Jalan Deponegoro di sini dalam gerakan yang dipanggil 'Sweeping Malaysia' (Sapu Malaysia) bagi mencari dan mengusir rakyat Malaysia.
Kumpulan berkenaan yang mengikat bendera Indonesia di kepala bertindak menahan semua kenderaan dan meminta pemandu dan penumpang menyerahkan kad pengenalan masing-masing.
Sebuah televisyen tempatan, Metronews melaporkan kumpulan berkenaan bertindak merampas kad pengenalan rakyat Malaysia supaya mereka diusir dari Indonesia.
Setakat ini, tiada laporan rakyat Malaysia yang ditahan oleh kumpulan tersebut atau dirampas kad pengenalan mereka.
Kumpulan itu juga merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan kali kedua di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di sini.
Kumpulan terbabit yang tidak berpuas hati dengan sikap berlembut Kerajaan Indonesia terhadap Malaysia berhubung isu tarian Pendet sebelum ini telah mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan tersebut.
Indonesia sebelum ini menuduh Malaysia sengaja menggunakan tarian Pendet berasal dari Bali dalam promosi pelancongan, walaupun kesilapan itu sebenarnya dilakukan oleh sebuah syarikat swasta dan tidak membabitkan kerajaan Malaysia.
Malaysiakini disiasat selepas enggan buang video demo kepala lembu
Wed Sep 09, 2009 12:27 pm by Admin
Seramai 12 lagi kakitangan Malaysiakini disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penerbitan video berkaitan perarakan membawa kepala lembu bagi membantah pemindahan kuil Hindu di Seskyen 23 hujung bulan lalu.
Dalam sesi selama lapan jam sejak 10.30 pagi, lapan pegawai SKMM merakamkan kenyataan ketua pegawai eksekutif akhbar web itu Premesh Chandran.
Mereka juga menyiasat editor, wartawan, juruvideo dan kakitangan teknikalnya di pejabat portal berita itu di Bangsar Utama, Kuala Lumpur.
Selain Premesh, kesemua kakitangan terlibat dalam proses pemberitaan, suntingan dan penerbitan dua berita dan video berhubung demonstrasi di Shah Alam pada 28 Ogos dan sidang media Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, 2 September lalu.
Mereka yang terlibat: wartawan-wartawan Rahmah Ghazali, Jimadie Shah Othman, Andrew Ong, juruvideo Amir Abdullah, editor-editor K Kabilan, Nasharuddin Rahman, Fathi Aris Omar, editor-editor video Shufiyan Shukur, Ng Kok Foong dan Lydia Azizan.
Suruhanjaya itu turut mengambil keterangan syarikat pelayan web Malaysiakini di pejabatnya di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur hari ini.
Seorang lagi juruvideo, Mohd Kamal Ishak – yang sedang bercuti – akan diambil keterangannya Khamis ini.
Sabtu lalu, ketua pengarang kumpulan Malaysiakini Steven Gan disiasat selama 45 minit berhubung kes yang sama.
SKMM mendesak akhbar web itu menarik balik dua video: Temple demo: Residents march with cow's head (28 Ogos) dan Hisham: Don't blame cow-head protesters (2 Sept).
ALOR SETAR- Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail telah: berbincang dengan empat peguam untuk memfailkan kes berhubung keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di tangan wakil Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Hassan Sarif.
“Kita telah berbincang bersama-sama empat orang peguam yang kita rasakan layak bagi mengendalikan kes ini .
“Namun pelantikan serta keputusan belum lagi dibuat kerana kita tidak mahu mengambil satu keputusan yang terburu-buru dan mahu memastikan kes ini dapat berjalan dengan lancar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Dr Abdul Isa berkata, pihaknya juga masih belum bercadang untuk mengambil tindakan lain selain daripada tindakan mahkamah bagi menentukan kebenaran dalam kes itu, sama ada keputusan SPR ataupun pendirian pihaknya bahawa kerusi itu sepatutnya diisytiharkan kosong.
Menurutnya, selepas pelantikan peguam dibuat, barulah kes itu akan akan dibawa ke mahkamah pada minggu hadapan iaitu sebelum tamat tempoh 14 hari selepas keputusan SPR dikeluarkan .
Sementara itu, tindakan membawa isu Kota Siputeh ke mahkamah disifatkan oleh Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang sebagai tidak menguntungkan mana-mana pihak terutama rakyat Kedah malah sekadar membazirkan wang kerajaan.
Keng Liang berkata, tindakan seperti itu turut menghilangkan tumpuan terhadap usaha pembangunan yang seharusnya lebih diutamakan.
“Tindakan seperti itu hanya akan menghabiskan wang sahaja, malah tidak akan menguntungkan rakyat Kedah,” katanya.
Menurutnya, Kerajaan Negeri sepatutnya memberi tumpuan dan masa terhadap pembangunan dan mencari sumber kewangan untuk negeri, selain menghulur bantuan kepada rakyat, dan bukannya menjurus kepada isu yang tidak berkepentingan.
“Saya harap Kerajaan Negeri akan mengkaji dengan teliti sama ada terdapat apa-apa manfaat kepada rakyat sekiranya tindakan undang-undang itu diteruskan,” katanya.
Menurutnya, tindakan kmencabar tafsiran Perlembagaan Negeri Kedah dan SPR itu dianggap kurang wajar.
“Saya tak pasti kenapa mahu diambil tindakan undang-undang itu untuk memutuskan penafsiran Artikel 51 dan 52 Perlembagaan Negeri Kedah berhubung isu wakil rakyat Kota Siputeh, sedangkan SPR telah membuat keputusan,” katanya.
Walaupun dipertikaikan, kontrak Tan Sri Musa Hassan sebagai ketua polis negara dilanjutkan setahun lagi sehingga 12 Sept tahun depan.
Pengumuman itu dibuat dalam satu kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam hari ini.
Beliau berkata lanjutan kontrak itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin atas nasihat perdana menteri dengan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Musa memulakan kerjayanya dalam pasukan polis sebagai seorang inspektor pada 11 Nov 1969.
Jawatan yang pernah disandangnya termasuklah penolong pengarah
Bahagian Narkotik Bukit Aman (1981), pensyarah Maktab Polis Kuala Kubu Baharu (1986), pegawai latihan di Bukit Aman (1991), timbalan penolong pengarah pendakwaan Bukit Aman (1995) dan timbalan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman (2001).
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ketua polis Johor (2003), pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (2004) dan timbalan ketua polis negara (2005).
Musa, yang berkelulusan undang-undang, dilantik sebagai ketua poli negara pada 12 Sept 2006.
Kelmarin, PAS memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya menolak pelantikan semula beliau dengan alasan peningkatan kadar jenayah yang gagal dibendung dan muncul dakwaan terbaru bahawa wujud penglibatan kongsi gelap dalam mengatur kenaikan pangkat pegawai polis.
Sementara Angkatan Muda PKR pula merancang menyerahkan memorandum membantah penyambungan kontrak Musa kepada menteri berkenaan esok.
Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin akan menyerahkan memorandum itu di Putrajaya jam 2.30 petang.
Sampai Bila Penguasa Akan Terus Mengkhianati Rakyat?
Wed Sep 02, 2009 2:02 pm by naqibah
Rakyat terus ditipu oleh slogan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan apabila sekali lagi pemerintah yang menerapkan sistem Kapitalisme menaikkan harga minyak. Kenapa harga minyak naik? Alasan dan skrip yang sama diberikan. Di tengah-tengah propaganda kononnya kerajaan prihatin untuk membantu rakyat samada di bandar mahupun kampung, esok, rakyat akan dihadiahkan, sempena sambutan hari kemerdekaan yang ke 52, dengan kenaikan harga minyak. Media arus perdana di atas tidak menggunakan tajuk “harga minyak naik” tetapi menggunakan bahasa berlapik - “…yang diperkenalkan…”. Apakah ini bertujuan untuk meredakan kemarahan rakyat? Inilah dunia pemimpin politik Kapitalisme yang tidak pernah memikirkan kesengsaraan rakyat. Pemimpin pada hari ini tanpa rasa bersalah terus melakukan pengkhianatan kepada rakyat. Wahai para pemimpin sekular! Minyak adalah hak rakyat. Ketahuilah, wahai umat Islam, sedarlah wahai para penguasa umat Islam. Minyak bukan milik Petronas. Minyak bukan milik Sultan Brunei. Minyak bukan milik Raja Arab Saudi, mahupun mana-mana individu atau institusi konglomerat. Minyak adalah milik rakyat. Sampai bilakah kerajaan sekular ini akan terus berniaga dengan rakyat? Hanya Khilafah sahajalah yang akan berupaya mengembalikan minyak yang merupakan hak milik umat ini kepada tuan empunya, rakyat jelata. Persoalannya kini ialah sampai bilakah rakyat akan terus digula-gulakan dan diperbodohkan?
Dalam pada itu, Awang ingin bertanya Nik Aziz tentang peranan yang UMNO mainkan selama ini dalam menegakkan Islam bermula dengan menulis perlembagaan negara yang mengangkat Islam sebagai agama rasmi sehinggalah kepada pembangunan syiar Islam. Masyarakat Islam dunia turut mengakui dan mengiktiraf Malaysia sebagai model negara Islam. Kelahiran Tabung Haji, Universiti Islam, Bank Islam, instrumen kewangan Islam, insurans Islam, sekolah-sekolah agama dan banyak lagi yang kerajaan BN pimpinan UMNO telah lakukan atas nama pembangunan Islam.
Itu belum bercakap tentang pembinaan puluhan ribu masjid dan surau. Di Kelantan sendiri, lebih 500 masjid dibina oleh kerajaan UMNO. Menurut maklumat hanya sebuah masjid yang kerajaan Pas bina. Apa maknanya ini semua sedangkan Nik Aziz sudah memerintah Kelantan lebih tiga penggal? Apakah usaha UMNO ini tidak Islamik dan penyokong UMNO dinafikan ke syurga berdasarkan tafsiran beliau?
Awang bimbang pendekatan Nik Aziz bukan sahaja akan melemahkan Islam malah menakutkan orang bukan Islam yang mahu berjinak-jinak untuk memahami dan menerima Islam. Islam mesti dipromosikan dengan pendekatan sederhana, bijaksana dan toleransi sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi Muhamad SAW.
FOREX (Foreign Exchange) merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi yang memperdagangkan mata wang sesuatu negara terhadap mata wang negara lainnya yang melibatkan pasar-pasar wang utama di dunia selama 24 jam secara berkesinambungan (kecuali Sabtu & Ahad)
Forex yang juga dikenali dengan nama FX merupakan sebuah entity kewangan yang terbesar di dunia dengan transaksi melebihi $1.95 trillion sehari!!. Forex adalah transaksi dimana kita membeli satu matawang dan menjual satu matawang yang lain. Matawang yang didagangkan adalah di dalam bentuk pair (pasangan) sebagai contoh British Pound dengan US Dollar (GBP/USD).
Wanita UMNO mahu calon wanita di Bagan Pinang
06/09/2009 9:22pm
KEMAMAN 6 Sept. — Pergerakan Wanita UMNO meminta pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) menimbang untuk meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.
Naib Ketuanya, Datuk Kamelia Ibrahim berkata, calon wanita perlu diberi peluang selepas kesemua pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum lepas menampilkan calon lelaki.
“Perlu difikirkan calon wanita, kalau boleh kita naklah mengemukakan calon wanita kerana tujuh pilihan raya kecil (yang ditandingi BN) sebelum ini semuanya calon lelaki,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Nur Hidayah di sini hari ini. - Bernama
KUALA LUMPUR - Orang ramai yang ingin menderma kepada anak yatim atau golongan lain yang memerlukan dinasihatkan menyalurkan terus kepada kerajaan melalui badan-badan tertentu seperti Majlis Agama Islam.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, ia bagi memastikan derma itu diterima oleh mereka yang memerlukan, dan tidak disalahgunakan pihak tertentu.
“Saya tak dapat menafikan bahawa ada sebahagian daripada mereka ini mengambil kesempatan terhadap anak-anak yatim ini yang tidak faham apa-apa untuk mengutip derma demi kepenti-ngan individu tertentu,” katanya di sini, semalam.
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedia menerima cadangan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua bagi menubuhkan satu komponen parti yang boleh disertai setiap lapisan masyarakat sekiranya ia dapat menyatupadukan dan mengukuhkan perpaduan rakyat di negara ini.
:Nik Abdul Aziz berkata, Pas juga sedia dirombak asalkan parti yang baru ditubuhkan itu mengamalkan dasar dan prinsip Islam sama seperti yang diperjuangkan parti itu selama ini.
“Kalau tak payah tubuh parti lain, pakai Pas sahaja. Pas sudah memberi kepuasan kepada semua bangsa-bangsa lain kerana Pas wadah bagi Islam.
“Saya nak Pas. Tak payah rombak barang yang sudah ada tapi kalau nak rombak juga boleh syaratnya parti baru ini dasar utamanya Islam. Kalau tak setuju Islam cakap di mana tak betul Islam. Boleh bubuh (letak) nama lain, tak ada apa yang penting dasarnya Islam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak sawah sistem penanaman padi intensif (padi organik) di Tunjung dekat sini, semalam.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, sekiranya semua parti komponen menerima Pas ia perkembangan baik memandangkan prinsip dan dasar yang diperjuangkan parti itu selama ini telah terbukti mampu menyatupadukan masyarakat.
AKU SETUJU....
aku tak memikirkan bahawa isu H1N1 sebagai isu politik maupun keagamaan..tapi ianya satu isu sejagat yang harus ditangani oleh semua pihak dalam masyarakat.
apa yang memusykilkan aku adalah, ada pihak2 yang meminta agar babi yakni binatang yang "jijik dan najis" dalam Islam dihapuskan terus dari Malaysia. Dengan penghapusan tersebut, "mungkin" bencana H1N1 tidak berlaku atau dapat dikawal dinegara ini agaknya..(teori ini andaian saya sahaja).
pada saya, babi tidak wajar dihapuskan terus dari negara ini.
apa pula pandangan tuan-tuan sekelian?
diharap kita berforum tanpa ada prasangka buruk dibelakang isu ini...
Forum ni rasanya lebih kurang sama denan forum khalifah.. Tak mengapalah.. Yang penting, dengan adanya forum ni, kita dapat saling ingat-mengingati, bertukar pandangan, berkongsi cerita dan macam2 lagi...
Tapi rasanya, tak seronok kalau kita tak mengenali sahabat kita sendiri kan.. Apatah lagi ni forum baru.. Semoga ukhuwwah yang terbina akan terus berpanjangan.
Biar mujahid mulakan.
Nama; Nurul Iman Mustaqim
Asal: Johor
Umur; 23 tahun.
Pekerjaan: Wartawan MAIJ.
Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.
Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.
Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.
mungkin ramai yang biasa gunakan presentation power point tapi kurang menggunakan shortcut key dalam persembahan....
....ini tatapan kita semua buat...
PowerPoint provides the shortcut keys for running a slide show, you can control the presentation faster and more easily, which gives a more professional appearance to your presentation.
1.) Start a slide show
[F5]
2.) Start a slide show from the current slide
[Shift]+[F5]
3.) End the slide show
[Esc], [Ctrl]+[Break], [-] on the numeric keypad
4.) Display the next animation or the next slide
[N], [Enter], [Spacebar], [↓], [→], [PageDown]
5.) Display the previous animation or the previous slide
[P], [Backspace], [↑], [←], [PageUp]
6.) Display the All Slides dialog box
[Ctrl]+[S]
7.) Display the slide identified by the number
+[Enter] For example, press [8] + [Enter] to display slide 8 in the presentation.
8.) Toggle a black screen
[B], [.] Press [B] or [.] to display a black screen in place of the current slide. Press [B] or [.] again to display the slide again.
9.) Toggle a white screen
[W], [,] Press [W] or [,] to display a white screen in place of the current slide. Press [W] or [,] again to display the slide again.
10.) Stop or restart an automatic slide show
[S], [+]
11.) Change the pointer to a pen
[Ctrl]+[P]
12.) Change the pen back to the pointer
[Ctrl]+[A]
13.) Toggle the display of ink markup
[Ctrl]+[M]
14.) Change the pointer to the eraser
[Ctrl]+[E]
15.) Erase all on-screen annotations
[E]
16.) Display the next hidden slide
[H]
17.) Apply new timings while rehearsing
[T]
18.) Use your original timings while rehearsing
[O]
19.) Toggle to using the mouse to advance while rehearsing
[M]
20.) Return to the first slide
[Press both mouse buttons for 5 seconds] This isn't a keyboard shortcut, but it's well worth knowing as the quickest way to return to the first slide in the presentation.
21.) Toggle hiding the pointer
[A]
22.) Hide the pointer and button
[Ctrl]+[H]
23.) Hide the pointer arrow for 15 seconds
[Ctrl]+[U]
24.) Display the shortcut menu
[Shift]+[F10] (or right-click)
Itulah depa (pakatan pembangkang), dia buat undang-undang sendiri,buat sistem sendiri,jalan sendiri,syok sendiri dan apa-apa pun dia buat sendiri.Mana ada dia hormat undang-undang.............TIDAK ,MEREKA TIDAK AKAN HORMAT LANGSUNG (undang-undang)."..
( Dr Zambry.. 2 sept 2009. UM.3sept 09/.ms 6)
Sivakumar macam org gila talak : kata Abu Zahar Ujang.
majlis berbuka puasa dgn presiden PAS di Kedah..pada 6 Sept ni..siap dgn tazkirah oleh TGHA sebelum berbuka..pakat mai..bayar sorang rm 30 ajee...buat kat hotel lee...
Ramai para astronomer dan saintis mengatakan planet x (nibiru) akan mendekati bumi pada tahun 2012 apabila orbitnya hampir menghampiri matahari. Isu ini menjadi hangat dan turut dicatat dalam sejarah sumerian sehingga byk org mengkajinya kerana fenomena planet nibiru ini menyebabkan iklim, cuaca bumi berubah teruk, tsunami, taufan dan gempa bumi lebih banyak berlaku .. sekiranya kajian saintifik ini betul apakah tindakan kita ?
Daripada Ummul Mu'minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw), beliau berkata :" (pada suatu hari) Rasulullah saw masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung ibu jari dan hujung jari sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya :"Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Lalu Nabi saw bersabda :"Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".
Hadis di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang soleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.
Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kafasiqan hendaklah segera dibasmi dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi melapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.
Dalam hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw, sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain. Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.
Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa itu dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan di permukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.
RENUNG-RENUNGKAN LAH....
SINGAPURA - Saintis Singapura dan Jerman menemui penemuan baru yang boleh mengatasi proses penuaan dan kulit berkedut.
Menurut Agensi Sains, Teknologi dan Kajian Singapura (A*STAR), hasil kajian pasukan saintis antarabangsa itu yang diketuai Dr Bruno Reversade dari Institut Perubatan Biologi (IMB) A*STAR diterbitkan di dalam edisi terbaru jurnal Nature Genetics.
“Kajian mereka mendapati bagaimana sesetengah gen yang tidak dijangka boleh membantu kulit kekal muda,” kata A*STAR dalam satu kenyataan.
Kajian itu yang melibatkan kerjasama lebih 15 pusat kajian dan hospital dari 13 negara juga mendapati bahawa perubahan dalam gen `PYCR1' (Pyrroline-5-carboxylate reductase 1) membuatkan kulit menjadi matang sebelum masanya yang dikenali sebagai sindrom kulit berkedut.
Menurut A*STAR, saintis tersebut menganalisis sampel DNA yang dikumpul daripada 17 pesakit di seluruh dunia yang mempunyai tanda-tanda penuaan pramatang pada usia muda.
Mereka mengenal pasti perubahan dalam gen pesakit tersebut yang sering terdapat pada golongan tua seperti kulit yang menggelembir, tulang rapuh, kedudukan pinggang berubah dan katarak.
Nama Kartika Sari Dewi Shukarnor tiba-tiba sahaja meletup, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Dunia Barat khususnya memang tidak mahu lengah sedikit pun untuk membicarakan kes Kartika ini. Apakah istimewanya isu ini? Kartika, 32, seorang model yang berasal dari Sungai Siput, Perak telah dituduh meminum arak berjenama ‘Tiger Beer’ di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating Pahang 11 Julai tahun lalu. Dia mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman denda oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sebanyak RM5,000 dan sebatan 6 kali. Kartika telah pun membayar denda dan bersedia untuk menghadapi sebatan. Namun, setelah dia dibawa di dalam perjalanan untuk menuju penjara Kajang di mana dia sepatutnya disebat, tiba-tiba hukuman terhadapnya diisytihar tangguh. Persoalan hukuman (sebatan) dan penangguhan inilah yang telah mencetuskan kekecohan di Malaysia khasnya dan di seluruh dunia amnya. Antara ‘wayang kulit’ awal yang berlaku dalam kes ini adalah alasan penangguhan yang dikatakan bagi menghormati bulan Ramadhan.